
Sulit
4 tahun
Susah nafas di bahagian kerongkong dan kembung perut
saya wanita berumur 24, saya mengalami susah nafas di bahagian kerongkong dan nafas jadi tidal puas, tapi nafas dihidung seperti biasa. saya ada rasa sesuatu ni tekak dan perut kembung. susah nafas ini buat dada berat

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menetukan rawatan yang terbaik. Susah bernafas di bahagian kerongkong boleh disebabkan oleh banyak perkara, antaranya:
- alahan
- penyakit asma bronkitis, dll.
- saluran nafas yang tersumbat
- benda asing di saluran pernafasan
mahupun masalah seperti
- gangguan organ jantung
- kelainan saluran pencernaan
- gangguan cemas
Saluran udara tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Anda juga dinasihatkan berjumpa dengan doktor (secepatnya) sekiranya mengalami gejala berikut::
- Sesak nafas sehingga lemas
- Demam
- Batuk
- Pitam
- Gangguan bau
Justeru itu, untuk mendapatkan rawatan, pemeriksaan lanjut perlu dilakukan. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Otolaryngologist kami sedia membantu.