
Sulit
3 tahun
Susah nk buang air besar
Anak sy umur 2 tahu dia susah nak buang air besar …dia buang air besar 4 hari sekali sy riasau lh dokter…sy dh bawak pi klinik sampai sana dokter ckp xda pape

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham anda bimbang kerana anak anda tidak membuang air dengan kerap. Jangan risau kerana kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, setiap orang mempunyai waktu atau kekerapan membuang air besar yang berbeza. Bagi bayi yang berumur 2 tahun, mereka boleh membuang air besar sekerap 1 hari sekali sehingga 1 kali seminggu dan ini adalah normal. Faktor-faktor yang mempengaruhi kekerapan membuang air besar termasuklah:
- Pemakanan
- Hidrasi
- Pergerakan usus
Namun begitu, sekiranya anak anda menunjukkan gejala ini, sila pergi ke hospital dengan segera:
- Mengangis yang tidak dapat dipujuk
- Tidak mahu makan atau minum
- Kurang bermaya
- Perut kembung
Anda juga boleh menghubungi doktor kami di atas talian untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut mengenai masalah yang dialami oleh anak anda.
Kami berharap jawapan kami membantu anda, terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.