
Sulit
5 tahun
Susah tidur malam.. jantung kerap berdenyut laju
Saya telah berumur 53 thn, saya rasa tak sedap badan dan suhu badan naik bila waktu petang sehingga mlm. Tiada simptom lain umpama sakit tekak, batuk atau sukar bernafas. Cuma bila rasa tak sedap badan saya jadi cemas dan degup jantung kadang jadi laju. Situasi ini telah 4 hari saya alami dan saya berjauhan dari keluarga saya dengan tidak berjumpa walau satu rumah. Atas sebab waktu wabak covid-19 sekarang… Saya sentiasa duduk dalam bilik sahaja. Makan dan minum pun dlm bilik shj. Adakah saya perlu membuat pemeriksaan untuk covid-19. Untuk

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit kegagalan jantung
- Atrial fibrillation (Ritma jantung yang tidak teratur)
- Angina pectoris (Penyakit jantung di mana sebahagian saluran darah anda telah tersumbat)
- Penyakit kegelisahan (Anxiety)
- GERD (Penyakit pedih ulu hati)
Jika anda mengalami degupan jantung yang laju tanpa gejala lain kebarangkalian untuk dijangkiti virus COVID-19 ialah rendah
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian.
Anda juga boleh bertanya perihal kesihatan jantung secara percuma pada pautan di bawah. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!