
Sulit
4 tahun
Susah tisur malam terasa sesak sebab kahak pekat
suami saya berumur 54th baru baru ni selepas batus yg lama
di susah nak tidur malam tapi bila dah tidur nenyak dia ok tidur.
sebelum nak tidur dia terasa nafas susah sikit dia cakap sebab terasa kahak menganggun di tekak bila jadi dia akan terbangun dan kena minum air panas bagi lega dia tak penat walaupun keja teruk berjln jauh ok makan ok cuma itu masalahnya terima kasih doc

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah susah tidur yang dihadapi susulan masalah kahak, maka rawatan untuk mengatasi kahak perlu dilakukan dengan segera. Kahak yang terkumpul bukan sahaja boleh mengganggu tidur, malah adanya risiko jangkitan. Justeru, sebaiknya pihak anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.
Sebagai tips untuk mengurangkan gejala yang dihadapi adalah:
- Mendapatkan ubat cair kahak daripada doktor
- Mengambil makanan lembut
- Pastikan minum air dengan cukup agar tidak terjadi dehidrasi
- Tidur dalam posisi kepala yang sedikit tinggi
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Dapatkan kelegaan tekak dan lalui hari anda dengan ceria.