Sulit
5 tahun
Susah untuk bernafas dengan panjang
saya wanita yg berumur 18 ,
sy sudah lame mengalami sush untuk bernafas, tetapi kadang2 shja berlaku , sy sudh berjumpa dngn dr , dr mngatakan jantung saya ok shja , dn dr mnyuruh sy bernafas dlm paperback , apkh pnykit yg sy alami?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan gejala yang anda alami seperti:
• Kondisi psikiatrik seperti kebimbangan yang berlebihan (anxiety disorder) dan kemurungan (depression)
• Penyakit jantung
• Jangkitan injap jantung (infective endocarditis)
• Kekurangan darah atau anaemia
• Jangkitan paru-paru
• Barah paru-paru
• Penyakit autoimun seperti SLE atau rheumatoid arthritis
Kami memerlukan lebih banyak maklumat untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.



































