
sufyanrazak9690
5 tahun
Susah untuk bernafas
Sy berumur 23 tahu. Baru menggunakan rokok elektrik selama 4 bulan. Sekarang saya mengalami masalah susah untuk bernafas. Dan kahak terlalu banyak.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami boleh disebabkan:
- Radang saluran udara - akibat asap vape yang mengandungi bahan yang menyebabkan kerensangan sel saluran udara
- Jangkitan saluran udara/paru-paru - asap rokok dan vape yang panas menyebabkan sistem pertahanan saluran udara menjadi lemah dan mudah menyebabkan jangkitan kuman
- Penyakit asma - juga boleh terjadi pada orang dewasa serta akibat rokok atau vape
- Penyakit COPD - iaitu paru-paru sempit. Ia disebabkan pada kebiasaannya sejarah merokok/vape yang terlalu lama
- Anemia (kurang sel darah merah)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.