
nuramalinaamran94
5 tahun
Suspected case in the office building
Saya mengalami simptom seperti menggigil, pening kepala, selsema dan batuk (dry cough). Setakat ni demam kalau tak ambil panadol (on panadol dah 3 hari). Simptom start pada hari selasa minggu ni. Selain itu, saya pernah keluar di KL City Area 28 Feb sehingga 3 Mac menaiki LRT. Jadi soalannya, perlu ke saya risau? Simptom saya masih ada selepas 3-4 hari mengambil ubat-ubatan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Berdasarkan penerangan di atas, saya dapati anda mengalami masalah demam, pening kepala, selsema serta batuk. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Jangkitan bakteria atau virus
Pneumonia
Allergy
Sinusitis
Berikut hanyalah jawapan am bagi soalan yang diajukan. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Selain itu, berdasarkan simptom yang anda alami, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini