
Anonymous
5 tahun
Suspected pregnant tapi period
Saya wanita berumur 21 tahun sudah berkahwin dan suri rumah. Saya mengalami symptom pregnant, dan sudah pergi check dengan doctor di klinik bersalin tapi upt samar samar sahaja pada positive line. Sebelum mengalami symptom pregnant, saya sudah period pada 5/7 sampai 11/7 tapi saya kembali period pada 23/7 sampai 31/7 sekarang ini tapi hanya period darah sedikit seperti last day period tapi warna coklat tapi ada hari yang dia keluar ada hari tidak. Saya takut yang saya ada penyakit lain. Harap doctor boleh tolong saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman pihak anda, antara pendarahan impalntasi kehamilan atau pendarahan ketika awal kehamilan adalah normal. Namun ia biasanya sedikit dan berlaku sekejap sahaja. Kemungkinan lain bagi gejala yang anda alami adalah darah haid.
Anda disarankan untuk melakukan ujian kehamilan UPT sekali lagi bagi mendapatkan pengesahan kehamilan anda. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.