
Sulit
3 tahun
Susu atau vitamin tambahan untuk kalsium
HAI , SAYA ADALAH IBU SEDANG MENYUSU BAYI , SAYA INGIN BERTANYA SOALAN JIKA SAYA MINUM SUSU LEMBU ( EVERYDAY ) SETIAP HARI , JIKA SAYA KERAP RASA KEMBUNG / ANGIN SEPERTI GASTRIK SERING BERLAKU, ADAKAH SAYA HARUS BERHENTI AMBIL PRODUK TENUSU TERSEBUT , APAKAH SUSU YANG SESUAI JIKA SAYA ALAH DENGAN SUSU LEMBU . JIKA SAYA KURANG KALSIUM , AKAN BERLAKU KEBAS2 TANGAN KAKI DAN ANGGOTA BADAN LAIN JUGA TURUT AKAN RASA LEMAH .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami faham bahawa anda kerap mengalami kembung perut atau angin dan anda mengesyaki ada hubungkait dengan susu yang anda minum. Jangan risau, kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, secara umum, masalah perut kembung ini boleh disebabkan oleh intoleransi makanan seperti susu yang anda perihalkan. Tidak kurang juga, ia boleh disebabkan oleh pelbagai penyebab lain, antaranya ialah:
- Makan terlalu banyak atau terlalu cepat
- Serat (fibre) yang terlalu banyak atau tidak cukup
- Kekurangan bakteria yang baik dalam sistem pencernaan
- Konsumsi sayur-sayuran Cruciferous yang berlebihan (i.e. brokoli, kubis, bak choi dan kale)
- Gas yang tidak atau lambat keluar dari sistem pencernaan (sendawa dan buang angin (kentut) adalah dua cara udara di dalam badan keluar. Lewat atau sering bertangguh ke tandas boleh menyebabkan lebih banyak gas di dalam usus)
Namun, ia juga boleh disebabkan oleh beberapa penyebab yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian segera daripada doktor, seperti:
- Penyakit radang usus.
- Asid refluks (GERD)
- Jangkitan parasit usus (Giardiasis)
Berkenaan dengan keperluan anda untuk makanan tambahan atau suplemen kalsium, anda disarankan untuk bercakap dengan doktor kami secara telekonsultasi bagi mendapatkan penerangan dan nasihat yang diperlukan.
Kami berharap supaya penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor pakar gastroenterologi