
Sulit
4 tahun
Susu formula untuk bayi G6PD. Adakah bayi allergic terhadap soya?
Hi doctor. Saya nak tanya berkenaan bayi saya yang baru lahir mempunyai G6PD. Adakah dia allergic terhadap susu formula yang mengandungi soya ? Susu formula apa yang sesuai untuk bayi yang mempunyai G6PD ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi oleh anak anda. Untuk makluman pihak anda, individu yang mengalami kekurangan G6PD harus mengelakkan diri dari i kacang parang,makanan yang mengandungi pewarna tiruan methylene dan toluidine blue, ubat gegat, beberapa jenis antibiotik, herba, ubat panadol, ubat malaria.
Namun, mereka tidak ada masalah pada apa-apa jenis susu melainkan kalau mereka dikenalpasti mempunyai masalah lain seperti alahan kepada makanan lain. Maka anda boleh memberi susu formula yang biasa terdapat di pasaran.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.