
Sulit
5 tahun
Susut berat badan dan cirit birit
saya lelaki berumur 37thn mempunyai masaalah buang air besar yang tidak normal iaitu cirit birit dan juga keletihan dan kelesuan hampir 5thun. SY telah menjalani prosedur colonoscopy dan ogds sebanyak 7 kali semenjak dari tahun 2015 sehingga akhir 2019 dan kesemua keputusan adalah normal. Dr hanya mengesyaki sy menghidapi IBS. Rawatan lain seperti MRI dan CT Scan juga sy tlh lakukan tetapi semua kptsn juga normal.
Disepanjang hampir 5thun ini berat badan sy menyusut dari 75kg dan sekarang 57kg.Walaupun sy mengikuti segala nasihat yg Dr sarankan iaitu mengambil pemakanan sihat tetapi masaalah yang sama tetap berlaku.
Mohon bantuan dan nasihat Dr apa yg perlu sy lakukan.
T.kasih…

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah cirit-birit dan hilang berat badan boleh disebabkan oleh:
- Keracunan makanan
- IBS
- Ketumbuhan di dalam usus
- Jangkitan usus kronik
- Sindrom ketikhadaman
- Kanser
Untuk maklumat tambahan, terdapat kemungkinan ketumbuhan seperti polip kembali berlaku walaupun pada tahun-tahun yang lepas, ujian colonoscopy dan OGDS menunjukkan keputusannya normal.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.