sitiroselinda
6 tahun
SVT (Degupan jantung laju)
Saya berusia 39 thn dan mempunyai 3 orang anak. Seorang isteri ibu dan wanita bekerjaya. Saya menghidapi SVT since 3 years back dan telah menjalani ablation procedure pd bln Aug yg lalu. sepanjang pemantauan 3 bln selepas procedure tersebut, saya tidak mengalami SVT tetapi masuk bln ke 4, dalam masa 2 minggu saya mengalami gangguan ini hampir 4 kali. kadar jantung saya yg normal ialah 60-65, dan bila ianya terjadi degupan jantung saya akan hit 100-105 seminit. dan ini kerap berlaku ketika saya tidur. adakah saya masih mengalami SVT?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah ritma jantung
- Masalah hormon tiroid
- Masalah anxiety
- Demam - degupan jantung lebih laju ketika tidak sihat
- Selepas melakukan aktiviti lasak atau melalui perkara yang mendebarkan atau menyeronokkan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.





































