
Sulit
4 tahun
Swab test sebagai kontak rapat
Saya nk tanya saya ada buat swab test kerana sebagai kontak rapat dan positif, pada hari ke 6 dapat panggilan dari pkd untuk memjalani penilaian kesihatan. Jadi saya perlu ke.saya buat swab test ke dua

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kemusykilan anda berkenaan ujian swab kedua. Untuk maklumat anda, anda perlu membuat ujian swab kedua untuk mengesahkan sama ada anda positif ataupun bebas daripada jangkitan COVID-19. Kebiasaannya ujian ini akan dilakukan pada hari ke-12 atau ke-13 selepas anda membuat ujian swab pertama.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Jika anda mempunyai soalan lanjut berkenaan keadaan anda, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini