Sulit
5 tahun
Swelling at the neck and ringing in my ear
Saya wanita berumur 23 tahun,saya merasa ada benjolan di leher sebelah kanan yang ketara bila di rasa… Telinga saya juga sering berdesing/nyaring setiap hari… Sebelum ini saya pernah terkena “ear infection” untuk beberapa kali… Sakit di telinga saya sehingga ke muka dan kadang-kadang muka saya terasa kebas…
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang ditanyakan
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah rasa benjolan di leher sebelah kanan dan telinga yang sering berdering. Gejala tersebut mungkin berkaitan antara satu sama lain ataupun tidak dan dimaklumkan bahawa anda mempunyai sejarah jangkitan kuman pada telinga sebelum ini.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa sebab yang selari dengan terangan masalah yang disebut iaitu:
- Jangkitan kelenjar liur parotid
- Keradangan kelenjar liur (sialadenitis)
- Kanser nasofaring
- Ketumbuhan parotid
- Keradangan mastoid
- Penghasilan abses
- Ketumbuhan kelenjar limpa (Lymphoma)
- Beguk (Jangkitan virus)
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor anda yang berdekatan jika gejala ini makin teruk dan berpanjangan. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih




































