
Sulit
3 tahun
Sy berusia 35 tahun semalam Sy terlupa makan pil perancang pada jam 9.hari ni Sy boleh makan ke 2 pil skali pada pukul 9 mlm nnti?
Sy brusia 35 tahun Dan semalam terlupa nak makan pil perancang pada pukul 9 mlm semlm.hari ni boleh ke tak makan 2 pil skali mlm pada pukul 9 mlm nnti??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Untuk makluman anda, cara yang anda jelaskan adalah tepat. Jika terlupa untuk mengambil pil pada hari tersebut, ambil secepat mungkin. Namun, kalau sudah terlalu lambat anda perlu ambil 2 pil pada hari berikutnya.
Jika anda terlupa sehingga 2 hari berturut, sila ambil 2 pil pada hari tersebut. Anda akan kembali kepada jadual yang sepatutnya. Namun begitu, jika terlepas lebih 2 dos, sila hubungi doktor anda untuk panduan lanjut.
Setiap kali anda terlupa untuk mengambil pil, kami menyarankan agar anda mengamalkan kaedah perancang keluarga lain bersama pil perancang seperti penggunaan kondom.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.