
bothugs
5 tahun
Sy dan suami terlajak ketika mengadakan hubungan kelamin(kondom bocor)dan sy dah ambil postino2 dlm tempoh 4jam spls terlajak tu…masalah sy ialah sy sedang mnyusu snk yg berusia 1thn 4bln…boleh ke sy bg susu kt ank?
sy dan suami terlajak ketika mengadakan hubungan kelamin(kondom bocor)dan sy dah ambil postinor2 dlm tempoh 4jam spls terlajak tu…masalah sy ialah sy sedang mnyusu snk yg berusia 1thn 4bln…boleh ke sy bg susu kt ank?tkda effect ke pd ank?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, anda disarankan supaya menunggu sekurang-kurangnya 8 jam selepas makan ubat Postinor untuk menyusu anak anda. Hal ini kerana bahan aktif dalam ubat akan mengeluar ke dalam susu badan dalam kuantiti yang kecil.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.