
Sulit
4 tahun
Sy nak tanye….knp dkt belakang lidah luka
Sy nk tanye knp belakang lidah sy luka…ape yg perlu sy buat

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, luka pada bahagian lidah boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya:
- Ulser
- Luka akibat makanan
- Luka akibat tergigit atau struktur gigi yang tidak betul
- Cara memberus gigi yang salah
- Kurang menjaga kebersihan mulut
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada dokor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.