
Sulit
5 tahun
Sy nk kenapa kepala dan muka sy bengkak
Sy nak tanye knp kepala dan muka & bahagian dlm pipi bengkak…ape yg perlu sy laku kn

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala muka dan pipi dalam bengkak boleh disebabkan oleh:
- Myofibroma
- Lesi cyst cervicofacial
- Reaksi alahan
- Bengkak kalenjar parotid (dalam pipi) akibat jangkitan kuman atau batu karang
- Sindrom nefrotik
- Masalah kalenjar tiroid yang bengkak - menyebabkan aliran darah tidak dapat turun
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, apa yang boleh anda lakukan sekarang adalah merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Silakan rujuk ke doktor dengan klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.