Sulit
4 tahun
Sy rase xpuas utk bernafas
Sy wanita 34thn
Minggu lepas sy dmm… Selama 5hari … Lepas dmm sy jadi xpuas nk bernafas. Nadi pun laju semacam je. Baik di tgn mahupun di kaki… (Xtau le ayat nie btl ke x?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
*Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan kuman pada paru-paru
- asma
- masalah paru-pru
- sel darah merah rendah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.