
Sulit
4 tahun
Sy seorang aktif bersukan lepastu haid datang lambat
sy berumur 17 tahun dan aktif dalam sukan lasak … haid sy telah lewat 4 hari adakah ia tersumbat??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang haid lewat.
Untuk makluman anda, tiada istilah haid tersumbat seperti yang dikatakan. Terdapat beberapa punca haid lewat antaranya:
- Mengandung
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Walau bagaimanapun, ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah haid datang lewat.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk mengetahui punca sebenar, saya menasihatkan anda untuk ke klinik atau hospital bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan susulan.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.