
Sulit
4 tahun
Sy tidak datang haid hampir 18 bulan…apa perlu saya lajukan?adakah wajib sy turunkan berat badan?
Sy berumur 31 tahun…3 tahun lepas pernah menjalani operation semasa mengandung 16weeks iaitu membuang tumor ovarian dan ovari kiri sy turut di buang…masalh sy ialah…saya dah hampir setahun lebih tidak datang haid…doc minta sy untuk turunkn berat badan…tapi sy gagal…apa yg perlu saya lakukan untuk kembali haid…sy buntu

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
kami memahmi kerisauan anda tentang keadaan anda seperti yang dinyatakan di ruangan soalan. Untuk makluman anda, terdapat beberapa faktor yang dapat menyumbang kepada keadaan anda. Ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda tidak datang haid buat tempoh tersebut.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Antara sebabnya adalah:
- Kegagalan fungsi ovari
- Ketumbuhan di ovari; keadaan ini boleh menyebabkan ovari gagal berfungsi
- Sindrom polisistik ovari (polycystic ovary syndrome/PCOS)
- Masalah kelenjar pituitari
- Hypothyroidism
Anda masih risau tentang haid tidak hadir? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Anda dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut dari doktor anda mengapa anda mengalami masalah sedemikian dan kami nasihatkan agar anda cuba menurunkan berat badan anda kerana dengan menurunkan berat badan, ia dapat mengembalikan haid anda.
Jika anda mempunyai masalah dan pertanyaan lain, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor kami secara peribadi. Terima kasih.