
Anonymous
5 tahun
Sya keliru dgn ujian upt
Dok sya nak tnya…sya ad bt pemeriksaan upt…tpi keputusan nya d bawa nampak kabur sngat…doktor blh jelas kn sama ad sya mengandung atau tdk…doktor blh jwb

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Setiap alat pengesan kehamilan menunjukkan sensitiviti yang berlainan dan ia juga berlaku kerana paras hormon kehamilan HCG (human chorionic gonadotropin ) dalam air kencing anda terlalu rendah untuk dikesan. Jika HCG hadir dalam air kencing masa tahap hormon yang rendah, ini juga boleh menyebabkan ujian kehamilan positif dengan garisan pudar. Ini juga bermaksud [tempoh kehamilan masih di peringkat awal.
Jadi bagi menjawab soalan anda, saya tidak boleh mengatakan anda mengandung atau tidak. Cara terbaik adalah dengan membuat UPT berulang kali.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.