
Anonymous
5 tahun
Sya punya kemaluan rsa sakit
Sya lelaki berumur 17 tahun Dan kemaluan sya sakit apabila nak Huang air kecing Dan bengkak di bahagian sekeliling Dan merah di hujung kemaluan sya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan pedih semasa kecing. Antaranya ialah:
- Penyakit kelamin (Sexually Transmitted Disease) seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
- Jangkitan saluran kencing (uretra, pundi kencing, atau buah pinggang)
- Batu karang
- Saluran kencing tersumbat
- Pembesaran prostat“benign prostatic hyperplasia” (BPH) adalah penyebab utama kencing pedih dan terhalang bagi lelaki yang berusia
Dan sebagainya.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih