
Sulit
4 tahun
Sye dh bersame dngan suami tapi air mani dia keluar blik leh x sye mengandung
Sye bersama dngan suami dan nape air manih dia keluar blik leh x sye mengandung

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk maklumat anda, adalah perkara biasa untuk air mani keluar daripada faraj selepas hubungan kelamin. Untuk mendapatkan zuriat dengan efektif, anda perlu mengira hari haid anda dan mengetahui tarikh dimana anda subur. Anda digalakkan untuk melakukan hubungan pada hari dimana anda subur. Anda boleh baca lebih lanjut tentang cara untuk mudah hamil di sini.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.