
nishafiqa
4 tahun
Sye mujahid(36thn) mohon sedikit penjelasan yang mmbuatkan sye tertanya2 sekarang
Pertama sye mngalami sakit tekak dan demam dan sesekali terasa mual dan mahu muntah.sye dah pergi klinik dan dibekalkan ubat.tetapi setelah mkn ubat demam sye masih terasa xselea dn masih demam. Apakah gejala dan sakit yg sye alami ni

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit tekak dan demam yang anda alami boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Radang saluran udara/tekak - akibat jerebu
- Jangkitan tonsil
- Radang tonsil
- Jangkitan kuman dalam saluran udara/tekak - gejala lain seperti batuk, demam
- Luka pada tekak - akibat asid refluks (gastrik) atau makanan
Sebarang masalah pada tekak boleh menyebabkan kesakitan rujukan (referred pain) pada telinga dan gusi. Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.