
Sulit
3 tahun
Tabiat buang air besar berubah selepas infectious colitis
Saya lelaki. Saya pernah mengajukan soalan disini tentang infectious colitis yang saya lalui dan prnh najis berdarah dan sembelit. Saya juga telah membuat ct scan. Sekarang saya rasa tabiat buang air besar saya pelik. Kadang2 senang keluar tanpa perlu meneran dan kadang2 perlu menerang dan end up najis hanyalah kecil. Adakah infectious colitis ada kesan sampingan?

3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah tersebut boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- jangkitan kuman di usus atau saluran pencernaan
- alergi atau alahan makanan atau susu
- gangguan enzim tubuh (jarang)
- penyakit lain di saluran pencernaan
Anda dinasihatkan untuk segera berjumpa doktor sekiranya terdapat gejala penyerta seperti:
- lemah lesu badan
- pening kepala / pitam
- berak cair yang berterusan atau bertambah parah
- mual / muntah
Antara komplikasi yang boleh diundang oleh penyakit ini adalah abdominal tenderness, kehilangan berat badan, perubahan di dalam tabiat buang air besar (frekuensi bertambah), demam,najis berdarah, diarrhea dan kekembungan.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk mendapatkan maklumat yang lanjut mengenai masalah anda.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.