
Sulit
5 tahun
Tahap glucose dalam darah rendah
Hye, saya seorang wanita. Saya merupakan seorang pesakit kencing manis yang menggunakan injection insulin, tetapi sekarang tahap glucose dalam darah saya menjadi rendah iaitu 4.7 mmol (selepas makan) . Adakah saya perlu teruskan injection insulin?
Tetapi dalam masa yang sama saya mengamalkan ubatan tradisional iaitu meminum air rendaman kacang bendi. Adakah saya perlu berhenti mengamalkan minuman air kacang bendi itu?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, bacaan 4.7 adalah bacaan yang belum lagi mencapati tahap gula yang rendah. Bagi mengelakkan bacaan gula yang begitu rendah setelah mengambil suntikan insulin, anda disarankan:
- makan selepas disuntik
- berjumpa dengan doktor bagi mengetahui jenis insulin dan dos yang bersesuaian.
Anda tidak boleh memberhentikan suntikan tersebut melainkan gula anda telah menjadi 4.0.
gejala yang anda perlu awasi sewaktu kandungan gula menjadi amat rendah:
- Menggigil
- berubah personaliti menjadi agresif
- pengsan
- penglihatan menjadi kabur
Bagi amalan tradisional, pihak kami tidak boleh mengulas dengan lanjut kerana tiada kajian saintifik yang membuktikan amalan tersebut berkesan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.