itaujang
6 tahun
Tahap gula dalam darah - Kencing manis
Saya wanita berumur 52 thn. Sy buat pemeriksaan darah di klinik kesihatan kerajaan. Bacaan gula dlm darah ketika puasa ialah 7.7. Adakah bacaan ini terlalu tinggi? Apakah cara terbaik menurunkan bacaan gula?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan bacaan gula anda, anda telah pun didalam lingkungan diagnosis diabetes jenis 2 kerana bacaan gula semasa puasa melebihi 7.0 mmol/l. Ianya adalah sedikit tinggi dan mungkin ini adalah peringkat awal lagi. Untuk mengawal bacaan gula anda boleh:
- Amalkan senaman sekurang-kurangnya 20 minit sehari 3-4 kali/seminggu
- Kurangkan minuman dan makanan manis
- Tukar beras kurang kanji
- Perbanyakkan sayuran agar tidak cepat lapar
- Banyakkan minum air kosong
- Makan ubat yang diberikan doktor anda
Untuk mengatasi masalah ini, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.




























