
Sulit
4 tahun
Tahap keberkesanan pil postinor
Hi doc… saya ada ambil pil postinor dlm msa 24 jam selepas bersama dgn suami sy…kemudian sy ambil pil yg ke2 selepas 12jam pengambilan pil pertama… sy bersetubuh pada tarikh lagi 2-3 hari sebelum tarikh haid sy… tapi sekrang saya dah lewat period kira2 6 hari… adakah ia kesan sampingan dari pil postinor yg mengganggu kitaran haid sy atau sy perlu buat test kehamilan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, pil perancang kecemasan mempunyai hormon norethisterone yang tinggi untuk mengelakkan produk persenyawaan diimplan pada dinding rahim dan ia tidak digalakkan untuk digunakan secara rutin.
Berikut merupakan antara kesan sampingan pil perancang kecemasan yang biasa dilaporkan.
- Gangguan kitaran haid
- Pendarahan spotting
- Perubahan mood
- Sakit perut
- Pening kepala
- Sakit kepala
- Mual
- Muntah
- Ketidakselesaan payudara
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Haid lewat juga boleh disebabkan oleh beberapa faktor, seperti:
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Kehamilan
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Berat badan: Berat badan berlebihan boleh mengganggu kitaran haid
- Jadual aktiviti harian yang sibuk
- Tekanan emosi atau stres
- Penggunaan perancang keluarga (pil, implan, suntikan atau IUD)
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami katakan sama ada haid lewat anda disebabkan kehamilan ataupun sebab lain. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan sekiranya perlu.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih
Jalinkan hubungan seks tanpa kebimbangan lagi