
Anonymous
5 tahun
Tahi hujau dan sakit belakang
saya atikah umur 23tahun…saya kerap sakit belkang…saya menghidap sakit belakang slma 2minggu di belakang sebelah kanan…dan semalam saya perasaan tahi saya bewarna hijau…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman pihak puan, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan sakit pinggang dan sakit belakang, antaranya:
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Masalah struktur tulang belakang
- Masalah pada organ sekitar pinggang seperti:
Batu karang pada saluran buah pinggang
Ovulasi boleh menyebabkan kesakitan pada pinggang
Najis hijau biasanya disebabkan oleh pengambilan sayuran hijau yang sangat banyak dalam diet seseorang kerana klorofil yang terdapat dalam tumbuhan yang menghasilkan warna hijau.
• Pigmen hempedu - najis boleh menjadi hijau disebabkan oleh pigmen hempedu dalam najis
• Antibiotik – sesetengah antibiotik yang tertentu boleh mengubah jenis-jenis bakteria yang ada dalam usus.
• Parasit dan bakteria – pathogen yang tertentu boleh menyebabkan najis menjadi hijau, termasuklah bakteria Salmonella, Giardia (parasit berasaskan air), dan norovirus.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami. Terima kasih.