Sulit
5 tahun
Tahi lalat merah di kulit
adakah tahi lalat merah petanda seseorang itu menghadapi kanser?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, tahi lalat adalah merupakan pengumpulan pigmen melanin dibawah kulit. Justeru, tahi lalat biasanya berwarna coklat kehitaman.
Untuk pengetahuan anda, masalah kulit seperti tahi lalat yang berpotensi menjadi kanser mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
- bentuk tahi lalat tidak simetri
- batas tepi yang tidak sekata
- warna yang lebih satu
- lebih besar dari suku inci
- membesar
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.





































