Sulit
5 tahun
Tajuk: Mazi kerap keluar
Saya lelaki 32 tahun. Belum berkahwin. Ada masalah mudah keluar mazi bila bercakap atau berwhatapps dengan wanita yang disukai walaupun sekadar berborak kosong.
Macamana nak tahu masalah sy berpunca dari ketidaktentuan hormone testesteron atau masalah lain?
Jika disebabkan hormone adakah ianya normal bagi lelaki yang belum berkahwin dan apa solusi terbaik untuk elakkan masalah tu?
Tq
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- masalah prostat
- masalah saraf
- psikologi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

































