
ctsulaiha85
5 tahun
Tajuk: Penyakit Diabetis
Saya wanita berusia 35tahun…bagaimanakah untuk mengetahui seseorg itu mengalami simptom prediabetis?adakah bacaan gula selepas makan tanpa menunggu 2jam tepat dan boleh diambil kira

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, simptom-simptom pradiabetes adalah seperti:
- selalu rasa dahaga lebih daripada biasa
- kencing terlalu kerap
- selalu berasa lapar
- penglihatan kabur
- mudah letih
Untuk mengesahkan jika anda menghidapi pradiabetes atau diabetes, bacaan gula sebelum dan 2 jam selepas minum air gula akan dilakukan. Selain itu, ujian darah untuk menyukat tahap HbA1c dalam darah boleh juga dilakukan untuk mendapat diagnosis pradiabetes.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.