
muhdadamtravis1996
5 tahun
Tajuk :- penyakit siplis
Saya lelaki berumur 23 tahun menghadapi kemaluan mengeluarkan cecair putih… Dan sakit ketika membuang air… Sudab 3 hari saya begini

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Nanah pada zakar merupakan manifestasi berlakunya jangkitan pada bahagian tersebut. Jangkitan pada zakar boleh disebabkan oleh pelbagai organisma. Ia dibahagikan kepada dua kategori iaitu jangkitan gonorrhoea dan jangkitan tidak spesifik.
Sekiranya seorang lelaki menghidap jangkitan gonorrhoea, simtom yang mungkin anda hadapi pada mulanya adalah:
rasa pedih ketika membuang air kecil
keluar cecair jernih, setelah beberapa hari
cecair yang keluar akan menjadi lebih banyak, pekat seperti nanah dan kadang kala bercampur darah.
Kadang kala, jangkitan merebak hingga ke bahagian epididemis dan menyebabkan sakit dan bengkak pada bahagian scrotum yang selalunya berlaku pada salah satu bahagian sahaja.
Pesakit yang menghadapi jangkitan ini juga boleh mendapat jangkitan pada bahagian:
tekak,
rektum: berasa gatal-gatal, keluar cecair dan merasakan rektum sentiasa penuh walaupun telah membung air besar.
mata: sakit mata dan tidak boleh melihat cahaya serta keluar cecair nanah dari mata yang dijangkiti.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.