
Sulit
5 tahun
Tajuk : Pil perancang
Soalan saya, pil perancang sewajarnya diambil berapa jam sebelum bersama?contoh kita makan dalam pukul 10,adakah selepas sejam kita makan baru dapat bersama?tq doc

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berkenaan dengan soalan yang anda ajukan, pihak kami kurang pasti dengan maksud soalan anda. Untuk makluman anda, terdapat banyak jenis pil perancang kehamilan dan setiap satunya diambil dengan cara berbeza. Bagi pil perancang kehamilan jenis Kombinasi atau Progesterone sahaja, pil ini biasanya diambil setiap hari dan tiada masalah untuk bersama pasangan pada bila-bila masa melainkan sekiranya terlupa mengambil pil.
Pil perancang kecemasan pula perlu diambil dalam tempoh 72 jam selepas hubungan seksual dilakukan sekiranya seorang wanita ingin mengelak kehamilan namun tidak mengambil sebarang alat, suntikan atau pil perancang kehamilan.
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang pil perancang, sila klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk mendapatkan penerangan lanjut atau rawatan yang diperlukan atau untuk berhubung dengan farmasi kami. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.