Sulit
3 tahun
Tak boleh bau seafood
saya mengalami muntah muntah kalau terbau termakan atau sebagainya jika terbau seafood lagi lagi udang , adakah itu alergik? hal ini jadi semenjak 2 tahun lepas
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Alahan kepada makanan laut dicetus apabila anda makan makanan tersebut dan mula mengalami kegatalan atau bengkak pada bibir dan sebagainya. Bagi alergi yang teruk, kesukaran bernafas boleh menjadi salah satu simptom dan merupakan kecemasan. Anda cuma tidak selesa menghidu bau makanan laut dan ini adalah perkara yang normal.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.