
Sulit
4 tahun
Tak datang period masuk 2 bulan
assalamualaikum doktor. saya perempuan berumur 21tahun, belum berkahwin. saya dah tak datang period masuk 2bulan dan ada mengalami cramps selama beberapa hari after makan pineapple. tetapi tidak demam atau rasa lemah. sebelum ni period saya regular je

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kebimbangan anda pada masa ini tentang haid lewat. Untuk makluman anda, selain daripada haid lewat boleh disebabkan oleh perkara berikut:
- Kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Selain itu, maklumat lanjut mengenai kitaran haid anda juga perlu diketahui dengan lebih mendalam untuk mengenal pasti punca masalah haid lewat yang dialami oleh anda. Sebagai maklumat tambahan, kitaran haid seorang wanita yang normal adalah di antara 21 hingga 34 hari dan tempoh aliran atau pendarahan pula di antara 2 hingga ke 7 hari. Anda juga digalakkan untuk merekod kitaran haid anda supaya ia boleh menjadi rujukan anda dan doktor pada masa hadapan.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.