Sulit
5 tahun
Tak jumpa opk positif
Hi. Sy nak tanya kenapa cycle kali ni sy tak jumpa opk positif? Harini cd38 opk masih positif… due period dah lewat seminggu…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, ujian OPK boleh menjadi positif dan negatif kembali jika anda sedang mengalami ovulasi. Secara amnya, ovulasi akan berlaku 12 - 36 jam selepas anda mendapat keputusan pertama positif OPK.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa
Manakala, berkenaan dengan haid lewat, ianya boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- kehamilan
Sekiranya masalah ini berlarutan, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan nasihat dan rawatan sewajarnya.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

























