
Sulit
4 tahun
Tak mai period selama 1 bulan
Saya tak mai period selama 1 bulan doktor

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami dan mengambil serius dengan keluhan yang telah disampaikan. Untuk makluman anda, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan perubahan pada kitaran haid wanita. Antaranya:
- masalah gaya hidup
-tekanan stres
-masalah kekurangan berat badan atau kehilangan berat badan secara mendadak
-senaman yang terlalu banyak
-kelebihan berat badan atau obesiti - penyakit-penyakit lain seperti gangguan tiroid yang terlalu aktif, kencing manis yang tidak terkawal atau menopaus pramatang juga boleh menyebabkan haid yang lewat.
- gangguan hormon yang lain
Namun kelewatan haid juga boleh berpunca dari:
- kehamilan atau menyusu anak bayi
- masalah dengan rahim, ovari atau faraj
- kontraseptif seperti pil perancang kehamilan dan alat perancang kehamilan
- sindrom ovari polisistik (PCOS)
Kesihatan wanita sangat penting. Dapatkan bantuan dari suplemen sekarang !
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Namun buat sementara waktu, anda boleh cuba:
- mengekalkan berat badan yang ideal
- lazimkan bersenam atau eksesais sesuai kondisi tubuh
- mendapatkan rehat dan tidur yang cukup
- jauhi faktor yang mencetus stres
- perubahan pola makan seperti:
- jauhi makanan yang rendah karbohidrat & tinggi serat
- tingatkan pemakanan yang tinggi polyunsaturated fatty acid & tinggi kandungan folat
- lemak sayuran
- kacang
- ikan
- nenas
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan wanita anda dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.