
Sulit
4 tahun
Tak pasti sama ada mengandung atau tidak berkaitan masalah haid
Saya ada masalah seperti mana datang haid pada dua hari yang lepas… dan darah warna merah terang dan berserta keputihan. Dan darah keluar sedikit sahaja di pad. Dan saya rasa kentut setiap kali picit perut. Dan ada rasa tak selesa di perut. Kerana pada hari itu saya terlanjur melakukan hubungan seks dgn teman lelaki 2 hari sebelum haid. Dan mempunyai masalah lewat haid selama 8 hari… dan saya sudah membuat ujian kehamilan melalui pregnancy test dan keputusan negative. Hari ke 8 tempoh saya buat ujian kencing berwarna keruh diserta ketulan keputihan. Adakah saya akan mengandung atau tidak.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang kehamilan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, memang terdapat peluang untuk anda mengandung sekiranya anda melakukan hubungan seksual tanpa perlindungan. Untuk ujian kehamilan, sebaiknya dilakukan selepas 14 hari lewat haid, atau boleh juga dilakukan di fasiliti kesihatan.
Untuk mendapatkan keputusan UPT yang optimum, anda boleh cuba
- Lakukan ujian di awal pagi atau air kencing pertama hari tersebut
- Membaca arahan UPT kit dengan teliti kerana setiap syarikat mengeluarkan kit yang berbeza dan arahan yang berbeza
- Lakukan ujian selapas 2 minggu anda tidak datang haid mengikut kalendar anda
Hamil atau tidak? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi .
Namun begitu, terdapat juga sebab sebab lain berlakunya lewat hadi seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Kehamilan
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.