
Sulit
3 tahun
Tak period awal bulan
Assalam n hai doc. Sy baru brnikah 27 jun. Last period 7 jun. Slps brnikah,sy kerap bersama dgn suami. Tp awal bulan 7,sy masih belum dtg period. Kalau ikutkn wktu period sy setiap awal bulan. Ada kemungkinan sy akan hamil ke?

3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala belum datang haid selepas bersama suami. Kami akan cuba membantu anda.
Masalah anda boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti yang berikut :
- kehamilan
- ovulasi
- fibroid dan polip
- gangguan pendarahan
- masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran
- kehamilan ektopik
Sekiranya anda yakin hamil, boleh saja dilakukan pemeriksaan UPT. Sedikit tips bagi puan untuk melakukan ujian UPT adalah bahawa sebaiknya diuji menggunakan air kencing yang pertama pada awal pagi kerana air kencing lebih cair dan kepekatan hormon hCG dalam air kencing akan lebih berkurang selepas pengambilan makanan.
Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan