Sulit
5 tahun
Tak period hampir 1 bulan selepas mencuba sayu suplement
Saya umur dalam 20an , pada mulanya saya ingin mencuba mengambil supplement untuk period teratur selepas saya amik supplerment tuh saya tak period period sehingga sekrang , hampir sebulan saya takdatang, apa patut saya buat? Segala tanda tanda period dah ada tapi tak period langsung. Saya check pregnant test pun tak hamil
, macam mana yeeee?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan masalah haid datang lewat boleh disebabkan beberapa faktor selain dari kehamilan seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi.

























