
Sulit
4 tahun
Tak period sebulan selepas makan pil morning after pil
saya berumur 20 an saya makan pil morning after pil, selepas sebulan masih belum period. pregnancy test dah buat. negative.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kesan sampingan yang boleh dihadapi setelah makan pil perancang kecemasan ialah haid tidak teratur pada kitaran seterusnya. Namun, ini biasanya tidak akan berlanjutan dan haid anda sepatutnya kembali teratur pada kitaran seterusnya. Kesan sampingan yang lain adalah seperti:
- Keletihan
- Mual
- Muntah
- Sakit perut
- Cirit-birit
- Pening
- Sakit kepala
- Sakit payudara
- Pendarahan fara
- Tindak balas kulit
Haid lewat boleh disebabkan oleh faktor lain selain kehamilan seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.