Sulit

3 tahun

Tak period selepas BTL adakah normal

Saya berusia 36 tahun… Pada bulan januari saya selamat melahirkan anak yang ke 4 secara Czer + BTL… Adakah saya masih boleh mengandung?.. Selepas bersalin period saya normal seperti biasa…kitaran haid saya adalah 30 hari…dari remaja lagi period saya on time,tak pernah lewat atau tak datang… Pada bulan september saya period pada 20hb…dan bulan ni saya masih belum datang bulan… Ianya sangat merisaukan… Ada kah ia memberi petanda saya ada penyakit lain… Saya sangat takut memandangkan ini kali pertama dalam hidup saya period lewat@tidak datang… Adakah ini petanda kanser rahim?..saya juga sakit di bahagian pinggang…
Saya sudah buat test UPT keputusannya negative…sekarang saya rasa loya…pening… Xsedap badan dan Sakit pinggang… :cry:

Salam sejahtera,

Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan wanita anda.

Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah lambat period, sakit di bahagian pinggang, loya, pening dan tidak sedap badan. Anda berasa risau sekiranya ini adalah pentanda untuk penyakit lain. Saya akan cuba menerangkan keadaan ini sebaik mungkin.

Untuk makluman anda, terdapat beberapa jenis penyakit yang boleh menyebabkan berlakunya simptom sakit di bahagian pinggang seperti yang telah anda nyatakan, antaranya adalah:

  • Divertikulitis
  • Penyakit Crohn
  • Ketidakhadaman
  • Penyakit hernia (angin pasang)
  • penyakit batu karang

Manakala simptom ginekologi iaitu kitaran haid yang lambat dan juga sakit pinggang boleh disebabkan oleh penyakit berikut:

  • Kram Menstruasi
  • Endometriosis
  • Kista Ovarium
  • Torsi Ovarium
  • Kehamilan Ektopik
  • Keradangan pelvik

Anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk diagnosis yang tepat dan rawatan awal bagi mengelakkan berlakunya keadaan yang tidak diingini.

Saya berharap kenyataan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan penjelasan yang lebih lanjut, anda boleh bercakap dengan doktor kami atau mendapatkan nasihat doktor pakar sakit puan kami secara atas talian. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan

lyfe-fuel-_8lVVBTvBOU-unsplash%20(1)

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)