Anonymous
6 tahun
Tak period, test urine tak hamil, adakah saya sakit?
Saya berumur 33tahun, sebulan tak datang period, Part rahim rasa sakit2 macam senggugut, dalam masa yang sama ulu hati sakit macam gastrik(sy memg ada gastrik), tp non stop sakitnya… Klau gastrik btol, lepas makan akan kembli normal. Sakit2 ni sy rasa da seminggu dr date sepatutnya sy period. Kitaran haid sy normal setiap bulan.
Sy check urine test negative. Pinggang2 n belakang pn rasa sakit2. Kenapa dengan sy ye doctor?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala-gejala yang anda berikan boleh disebabkan:
- Kehamilan - ujian air kencing mungkin tidak dapat mengesan akibat hormon kehamilan masih rendah atau silap cara guna
- Masalah fibroid dalam rahim
- Masalah ovari seperti ovari terselit, kista ovari atau Sindrom Polisistik Ovari
- Penyakit radang pelvis - akibat jangkitan kuman
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
























