
Sulit
5 tahun
Tak period upt negatif
Saya masih menyusukan anak saya yang berumur setahun lima bulan, saya sudah dtg haid start pada bulan jun, julai, dan 1 ogos adalah tarikh terakhir saya period… tapi bila saya cek upt, keputusannya negatif, adakah saya mempunyai masalah hormon?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid lewat dan ujian air kencing yang negatif boleh disebabkan:
- Penyusuan - menyusu menyebabkan haid terhenti dan melindungi dari kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari seperti hipertiroid
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.