
Sulit
4 tahun
Tak tau nak cakap macam mana
saya baru berkahwin . pada bulan 8 dan bulan 11 sya tidak datang period . sya check pregnancy test , nak double line xpie line samar samar . lepastu sya gy check doktor , doktor scan tapi tak nampak doktor cakap kecil lagi , masatu dalan lingkungan 5 minggu . sekarang bulan 12 semalam keluar darah sedikit dan terus tiada . harinieh keluar warna coklat banyak beserta darah , sya rasa itu period . dari bulan 11 sampai sekarang sya kerap sakit perut . adakah sya mengandung atau tidak ? atau sebaliknya ?

4 tahun
Selamat sejahtera.
Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, ujian UPT menggunakan hormon hCG dimana jika terdapat hormon tersebut memberi gambaran yang anda sedang hamil. Anda hanya perlu melakukannya sekali sahaja ujian UPT apabila lewat haid dan disebabkan perubahan jumlah hormon tersebut di dalam badan, ia mengakibatkan sesetengah ujian kabur dan terang berbeza mengikut hari dan individu. Namun, secara kesimpulannya, jika ianya positif, maka keseluruhan ujian adalah positif walaupun garisan itu nampak seperti samar dan kabur. Selain daripada kehamilan, masalah haid lewat juga boleh disebabkan oleh:
- Umur
Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
- Berat badan dan diet
Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
- Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)
Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang.
- Ubat-ubatan
Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
- Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat
Jika anda hamil pada waktu itu, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan penderahan waktu hamil seperti:
- Keguguran
- Kandungan luar rahim
- Masalah dengan sistem pembekuan darah
- Jangkitan salur kencing
- Penyakit karang dalam saluran kencing
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini ke klinik berdekatan yang boleh melakukan pemeriksaan yang lebih teliti dan boleh memberikan kesimpulan terhadap masalah yang anda hadapi dengan lebih lanjut.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.