
Sulit
4 tahun
Takde sakit apa apa tapi tiba tiba je bengkak bawah dagu adakah ia beguk
Saya wanita umur dalam 19 saya bangun pagi tadi tiba tiba bawah dagu saya bengkak adakah ia disebabkan beguk tapi saya takde demam, sakit tekak tiba tiba je. Harap soalan saya terjawab

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kerisauan anda pada masa ini. Untuk makluman anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menjelaskan mengapa anda mengalami masalah sedemikian:
- Radang tonsil
- Radang pada kelenjar air liur anda
- Jangkitan pada gusi
- Kelenjar limfatik yang tersumbat
- Beguk
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mengetahui puncanya dan supaya rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sila berjumpa dengan doktor segera sekiranya anda mempunyai gejala berikut:
- Demam
- Sakit
- Sukar bernafas
- Lemah atau kebas pada separuh anggota muka
Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk sesi konsultasi secara peribadi bersama dengan doktor kami di atas talian. Terima kasih