beabiancagebu
4 tahun
Takut luvox dan pil perancang diane35 berinteraksi
Selamat pagi doc… saya wanita berusia 40an mengalami GAD iaitu general anxiety disorder… doktor membekal Kan saya ubat luvox untuk sakit saya ini… untuk pengetahuan doctor saya kini bercadang hendak mengambil pil perancang diane35… persoalan nya, saya takut luvox Dan diane35 akan berinteraksi dan mengurangkan keberkesanan ke dua2 ubat tersebut… mohon penjelasan doc,
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, setakat ini belum ada interaksi atau kesan buruk untuk interaksi diantara kedua ubat diatas.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk berbincang dengan doktor, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.