Sulit
3 tahun
Takut melakukan hubungan dgn suami
Saya wanita berumur 25 tahun. Saya baru berkahwin 6bulan saya pernah cuba beberapa kali melakukan hubungan sex bersama suami tapi saya settl takut . Keinginan untuk melakukan sex itu ada tapi rasa takut lebih menguasai diri saya.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan keterangan anda, anda mempunyai perasaan takut yang menghalang anda daripada melakukan hubungan seksual dengan suami. Kami akan cuba membantu.
Untuk makluman anda, perasaan takut untuk melakukan hubungan dengan suami pada kalu pertama selepas berkahwin adalah masalah yang biasa dihadapi oleh sesetengah wanita. Namun begitu, memandangkan anda telah 6 bulan mencuba namun masih takut, anda disarankan untuk mendapatkan bantuan sokongan seperti kaunseling rumah tangga agar masalah ini dapat dibantu.
Sekiranya anda khuatir untuk melakukan hubungan atas masalah kesakitan, anda boleh rujuk doktor untuk membantu anda. Anda juga boleh bercakap dengan kami secara atas talian untuk konsultasi bagi menyelesaikan masalah anda ini.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
































